Tuesday, 5 April 2016

Hantaran atau Mas Kahwin Lagi Penting? [MAL]

Setiap pasangan di dunia menginginkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan sampai ke akhir hayat. Setiap bangsa dan agama beranggapan bahawa perkahwinan adalah sebuah majlis keraian yang suci dan indah. Bahkan sejak dari kecil lagi kita semua telah didedahkan dengan kisah-kisah dongeng seperti Cinderella, Snow White dan Rapunzel yang berakhir dengan sebuah perkahwinan yang bahagia. Setiap bangsa mempunyai adat resam dan budaya perkahwinannya yang tersendiri. Setiap kaum pasti akan mewarisi tradisi perkahwinan nenek moyangnya. Begitu juga dengan kaum Melayu. Perbezaan jelas antara kaum Melayu dengan kaum lain adalah dari segi mas kahwin dan hantaran.


Mas kahwin ialah wang hantaran yang ditetapkan mengikut jabatan Islam negeri dan jumlahnya disebut ketika akad nikah. Ia merupakan bayaran wajib daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Pihak lelaki bebas meletakkan amaun mas kahwin tersebut. Walau bagaimanapun, setelah akad nikah wang tersebut menjadi milik mutlak si isteri dan si isteri bebas menggunakan wang tersebut mengikut kehendaknya.

Hantaran pula ialah merupakan wang hadiah daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan. Ia tidak menjadi kewajipan kepada pihak lelaki utnuk membayarnya. Jumlah wang hantaran tersebut sebenarnya bergantung kepada budi bicara kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan semasa pihak lelaki menghantar rombongan merisik atau meminang. Tujuan wang hantaran ini diberikan kepada pihak perempuan adalah untuk meringankan beban pihak perempuan untuk mengeluarkan belanja kenduri kahwin.

Namun, masyarakat kini sering keliru antara kewajipan dengan adat. Disebabkan kekeliruan ini maka kes perceraian di Malaysia semakin meningkat. Ibu bapa di era moiden ini kebanyakannya lebih mengutamakan wang hantaran berbanding dengan mas kahwin. Bahkan wang hantaran kini diletakkan setaraf dengan status pengajian si pengantin perempuan. Semakin tinggi tahap pengajian mereka semakin mahal wang hantaran diletakkan oleh pihak perempuan sehinggakan jumlah tersebut di luar kemampuan pengantin lelaki. Disebabkan kekangan dan halangan daripada keluarga belah perempuan maka, si pengantin lelaki sanggup membuat pinjaman bank.

Pada dasarnya perkahwinan adalah suatu yang sangat suci dan mudah. Namun kini perkahwinan menjadi satu bebanan kepada bakal-bakal pengantin terutamanya pengantin lelaki. Jika tiada wang RM10 000 minimum dalam tangan maka sukar bagi pasangan-pasangan muda ini ingin melaksanakan hajat mereka untuk berkahwin. Kes perceraian banyak berlaku di Malaysia kerana mereka tersepit dengan hutang-piutang sekeliling pinggang. Disebabkan hutang yang banyak ini jugalah mereka menjadi tertekan dan mengambil keputusan mudah.


Perkahwinan memang hanya berlaku sekali seumur hidup namun harus diingat dalam kita memenuhi kepuasan hati sendiri dan semua pihak, kita seharusnya bertindak bijak dan berfikir dalam jangka masa yang panjang. Jadi renunng-renungkan sama ada ingin mendapat kehidupan selepas kahwin yang bahagia dan harmoni atau ingin hidup dalam hutang-piutang.

Online fraud: Seller or Buyer [ENG]

Online business has become a lucrative source of income for some middle-income earners. In fact, online business also has widened the opportunities for the university students to earn extra income to finance their studies. Furthermore, shopping has become easier with online business. Click on the items to be purchased and soon it will arrive at your destination. Everything is just at the fingertips. Purchasing items through social sites like Facebook and Instagram seem simple and easier to certain people who have a tight schedule everyday.

However, online business is very risky to online fraud. Online business has become a site for some unscrupulous people to commit various tactics of fraud. Previously, most of the cases reported were only involved the buyers been deceived by the online sellers. The most common scams are the confusing advertisement, offer the lowest price to the customers and the item received is different from what have been ordered. But now, the situation is slightly different where the sellers also could be the victim of the online fraud. There are few cases reported regarding online sellers deceived by the irresponsible buyers. Normally fraudsters will trick the online sellers during the money transaction using automated teller machine (ATM). The fraudsters will snap the picture of the fake transaction receipt.



Most of the fraudsters are sweet talkers and would always give numerous excuses and promises. Apart from that, they also would always make up sad stories to get sympathy from the victims. Sometimes, they will act as a serious buyer/seller; they willingly give out details about themselves but unfortunately the information given is false. Dealing through online is trickier than dealing directly since it will give some time to the fraudsters to come out with another trick such as making another sad story or maybe they will blame the postage service. 

In fact, it will be difficult to trace them as they could hide their true identity by giving the false information and fake profile picture. Most of the victims of online fraud will only realize once the money has been transferred to the scammers or after they received the goods. Then most of the fraudsters will block the victims on social media and mobile applications such as Whatsapp, Facebook Messenger and Wechat. Thus, making it more difficult for the victims to trace them and collect evidence for police report. 

Therefore, in order to control the online fraud, the government in collaboration with the Companies Commission of Malaysia (SSM), has required all dealers who do business on Facebook, Mudah.my, website, blogspot, Instagram and mobile applications to register their businesses with SSM. Failure to register can be prosecuted and fined. Online sellers must also register with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to prove that the dealer is honest in his business as well as to give confidence their clients. If the seller commits online fraud, the buyer should lodge a complaint at Tribunal for Consumer Claims Malaysia. Meanwhile for sellers, they could submit their complaints to the authorities.



These online fraudsters will always adapt their way of scamming and they will never reveal their true identity to the public. Therefore, the dealers and buyers should always bear in mind to be more careful when doing online business. It is recommended for the authorities to monitor the fraudsters regularly. In conclusion, the user should be a smart user when shopping. 

Penipuan Atas Talian: Penjual atau Pembeli [MAL]

Perniagaan atas talian atau online business telah menjadi satu sumber pendapatan yang agak lumayan kepada sesetengah golongan berpendapatan sederhana. Malahan perniagaan atas talian juga membuka peluang kepada golongan pelajar universiti, terutamanya yang ingin mencari pendapatan sampingan bagi membiayai pengajian mereka. Dengan wujudnya perniagaan atas talian ini, segala urusan membeli-belah juga menjadi mudah, iaitu hanya di hujung jari sahaja. Klik pada barangan yang ingin dibeli dan ia akan tiba di depan pintu rumah. Kaedah pembelian secara atas talian di laman sosial, seperti Facebook dan Instagram kelihatan mudah kepada sebilangan golongan yang mempunyai jadual harian yang padat.



Walau bagaimanapun, perniagaan atas talian ini mempunyai risiko yang tinggi dari segi penipuan. Perniagaan atas talian ini juga telah membuka peluang kepada golongan yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan pelbagai helah dan taktik penipuan. Jika sebelum ini, kebanyakan kes yang dilaporkan adalah kes peniaga atas talian menipu pembeli. Antara penipuan yang biasa terjadi ialah penjual meletakkan iklan yang mengelirukan, menjanjikan harga tawaran yang terendah dan tidak memperoleh produk seperti mana yang diiklankan. 

Namun kini, keadaan yang sebaliknya berlaku. Terdapat segelintir pembeli yang tidak jujur dalam urusan jual beli atas talian ini. Kebiasaannya penipuan daripada pembeli berlaku semasa proses transaksi duit. Apabila segala urusan berkaitan jual beli barang dijalankan secara atas talian, maka agak sukar bagi kedua-dua pihak untuk mengenal pasti identiti individu terbabit. Kebanyakan mangsa penipuan atas talian ini hanya akan sedar apabila segala urusan jual beli telah selesai. Perkara ini juga menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Oleh sebab itu, bagi mengawal masalah penipuan atas talian ini, kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), telah mewajibkan semua peniaga yang menjalankan perniagaan di Facebook, Mudah.my, laman sesawang, blogspot, Instagram dan aplikasi mudah alih untuk mendaftarkan perniagaan mereka di SSM. Kegagalan untuk mendaftar boleh didakwa dan dikenakan denda. Peniaga atas talian juga perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membuktikan peniaga tersebut jujur dalam perniagaannya selain dapat meyakinkan pelanggan mereka. Jika berlaku penipuan atas talian, pembeli boleh membuat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, manakala bagi peniaga pula, mereka boleh mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa.


Pihak yang tidak bertanggungjawab ini akan sentiasa menukar-nukar modus operandi bagi mengelakkan mereka dikesan oleh pihak berkuasa. Oleh sebab itu, diingatkan para peniaga dan pembeli perlu berhati-hati sekiranya menjalankan urusan secara atas talian. Disarankan agar pihak berkuasa untuk sentiasa memantau pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Kesimpulannya, pengguna perlu menjadi pengguna yang bijak dalam apa juga bentuk pembelian. 

Thursday, 24 March 2016

Food Safety Led to Antibiotic Resistance [ENG]

Food safety is a scientific discipline describing handling, preparation, and storage of food in ways that prevent foodborne illness or better known as food poisoning. The majority of foodborne illnesses are caused by harmful bacteria and viruses. Some parasites and chemicals also cause foodborne illnesses. Food is the most common medium for the growth of bacteria and parasites. Thus consumption of can transmit the disease from a person to another. 

More than 250 different foodborne diseases have been identified. Food can be contaminated at any time either during growth, harvesting or slaughter, processing, storage, and shipping. Raw foods such as raw meats, unpasteurized milk and raw vegetables are most associated with foodborne diseases. This is because they have been contaminated with the pesticides and chemical fertilizers in order to keep the freshness of the foods. In fact, some of the farmers and retailers would inject the food with antibiotics to prevent and control common disease events, and to enhance animal growth. 

Apart from that, the antibiotic is used to improve the quality of the product, with a lower percentage of fat and higher protein content in the meat. However, the over usage of antibiotics in agriculture has led to the emerging public health crisis of antibiotic resistance. Antibiotic resistance is a looming public health crisis.

Antibiotic resistance occurs when an antibiotic has lost its ability to effectively control or kill bacterial growth. In other words, the bacteria are becoming more "resistant" to the antibiotic designed to cure or prevent infection. The resistant-bacteria can have a greater chance of survival as they will find ways to survive in the human body and continue to multiply, causing more harm. Antibiotic resistance poses health risk to human health in two ways either directly or indirectly. Direct effects, are through the consumption of the food which is infected with the antibiotic-resistant bacteria. Indirect effects are those that result from contact with resistant organisms that have been spread to various components of the ecosystem such as water and soil. 

Bacteria can travel in any medium so people could transmit the antibiotic-resistant bacteria to others by coughing or contact with unwashed hands. Antibiotic-resistant bacteria can spread to family members, schoolmates, and co-workers. Overall it may even threaten the community. Antibiotic resistance has become one of the world most pressing public health problems as it may cause illnesses that were once easily treatable with antibiotics to become dangerous infections, prolonging suffering for children and adults. Antibiotic-resistant bacteria are often more difficult to kill and need an expensive treatment. In some cases, the antibiotic-resistant infections can lead to serious disability or even death.

There are few important ways that can be taken to protect from antibiotic resistance through the consumption of food infected by antibiotic-resistant bacteria.
  • ·         Identify the restaurants that serve poultry injected with antibiotic;
  • ·   Avoid consume fast food regularly as most of the fast food restaurants serve poultry, fish and vegetables injected with antibiotic routinely;
  • ·     Inform the authorities if there any retailers who inject drugs or antibiotic on vegetables, fruits and meat to make them last long.

Antibiotic resistance is present in all parts of the world thus making it a serious threat to global public health that requires action across all government sectors and society. Foodborne disease and antibiotic resistance are mostly transmitted via food thus keeping food clean and safe should be a priority to all food manufactures, government and consumers. 

Keselamatan Makanan Membawa kepada Antibiotik Rintangan [MAL]

Keselamatan makanan merupakan satu disiplin saintifik yang menerangkan pengendalian, penyediaan dan penyimpanan makanan dengan cara yang mencegah penyakit bawaan makanan atau lebih dikenali sebagai keracunan makanan. Majoriti penyakit bawaan makanan disebabkan oleh bakteria dan virus berbahaya. Sesetengah parasit dan bahan kimia juga menyebabkan penyakit bawaan makanan. Makanan adalah medium yang paling biasa untuk pertumbuhan bakteria dan parasit. Oleh itu penggunaan boleh menghantar penyakit ini daripada seseorang yang lain. 

Lebih daripada 250 penyakit bawaan makanan yang berbeza telah dikenal pasti. Makanan boleh tercemar pada bila-bila sama ada semasa pertumbuhan, penuaian atau penyembelihan, pemprosesan, penyimpanan, dan perkapalan. Makanan mentah seperti daging mentah, susu unpasteurized dan sayur-sayuran mentah yang paling dikaitkan dengan penyakit bawaan makanan. Ini adalah kerana mereka telah dicemari dengan racun perosak dan baja kimia untuk memastikan kesegaran makanan. Malah, beberapa petani dan peruncit akan menyuntik makanan dengan antibiotik untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit biasa, dan untuk meningkatkan pertumbuhan haiwan. 

Selain itu, antibiotik yang digunakan untuk meningkatkan kualiti produk, dengan peratusan yang lebih rendah kandungan protein lemak dan tinggi dalam daging. Walau bagaimanapun, penggunaan atas antibiotik dalam pertanian telah membawa kepada krisis kesihatan awam yang baru muncul rintangan antibiotik. rintangan antibiotik adalah krisis kesihatan awam menjulang.

rintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik telah kehilangan keupayaan untuk mengawal atau membunuh pertumbuhan bakteria dengan berkesan. Dalam erti kata lain, bakteria menjadi lebih "tahan" kepada antibiotik yang direka untuk menyembuhkan atau mencegah jangkitan. Tahan-bakteria boleh mempunyai peluang yang lebih untuk hidup kerana mereka akan mencari jalan untuk terus hidup dalam badan manusia dan terus membiak, menyebabkan lebih banyak mudarat. rintangan antibiotik menimbulkan risiko kesihatan kepada kesihatan manusia dalam dua cara sama ada secara langsung atau tidak langsung. kesan langsung, adalah melalui pengambilan makanan yang dijangkiti bakteria antibiotik tahan. kesan tidak langsung adalah mereka yang disebabkan oleh hubungan dengan organisma tahan yang telah merebak ke pelbagai komponen ekosistem seperti air dan tanah. 

Bakteria boleh melakukan perjalanan dalam mana-mana medium sehingga orang boleh menghantar bakteria antibiotik tahan kepada orang lain melalui batuk atau hubungan dengan tangan yang tidak dibasuh. Antibiotik tahan bakteria boleh merebak kepada ahli keluarga, rakan sekolah, dan rakan sekerja. Secara keseluruhan ia juga boleh mengancam masyarakat. rintangan antibiotik telah menjadi salah satu masalah kesihatan awam yang paling mendesak dunia kerana ia boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang pernah mudah dirawat dengan antibiotik untuk menjadi jangkitan berbahaya, memanjangkan penderitaan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. bakteria antibiotik tahan sering lebih sukar untuk membunuh dan memerlukan rawatan mahal. Dalam sesetengah kes, jangkitan tahan antibiotik boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius atau kematian.

Terdapat beberapa cara yang penting yang boleh diambil untuk melindungi dari rintangan antibiotik melalui pengambilan makanan dijangkiti oleh bakteria antibiotik tahan.
  • ·         Mengenal pasti restoran yang menyajikan ayam disuntik dengan antibiotik;
  • ·    Elakkan daripada mengambil makanan segera dengan kerap kerana kebanyakan restoran makanan segera menghidangkan ayam, ikan dan sayur-sayuran disuntik dengan antibiotik secara rutin;
  • ·     Maklumkan kepada pihak berkuasa jika terdapat mana-mana peruncit yang menyuntik dadah atau antibiotik pada sayur-sayuran, buah-buahan dan daging untuk membuat mereka bertahan lama.


Rintangan antibiotik hadir dalam semua bahagian dunia oleh itu ia satu ancaman yang serius kepada kesihatan awam global yang memerlukan tindakan semua sektor dan masyarakat kerajaan membuat. penyakit bawaan makanan dan rintangan antibiotik kebanyakannya dihantar melalui makanan sekali gus mengekalkan makanan yang bersih dan selamat perlu menjadi keutamaan untuk semua makanan mengilang, kerajaan dan pengguna.

Sunday, 13 March 2016

Littering on the Road is Irresponsible Action [ENG]

The awareness level of littering among Malaysians is still low. Littering reflects the civilization of that society. Obviously people who throw garbage in public areas do not belong to a first class society. Currently, the common places for people to dispose their waste are in the river and on the streets. Many are more likely to litter on the roads while driving because they are more concerned with the cleanliness of their vehicle rather than to maintain the cleanliness of the public areas.

Littering on the road has become a phenomenon in Malaysia. Often, people arbitrarily throw the trash out of their vehicles regardless of the security of other road users especially motorcyclists. Disposal of waste such as plastic food wrappers and tissues while driving can endanger the lives of other road users as plastic and paper are lightweight and easily blown by the wind. It is feared that the garbage could block the front visuals of motorcyclists and, block hit the front screen of other vehicles where they could lose focus in driving. 


In addition, the disposal of garbage on the road also can worsen the cleanliness as well as pollute the air with the stench. Streets are the main route used by everyone including tourists from abroad. The street condition that is filled with trash deteriorates the dignity of the country. In fact we might even be labeled as polluter. Cleanliness is a major force in attracting foreign tourists. Littering on the road can also affect the health of residents nearby. Piles of rubbish at the roadside can become breeding grounds for mosquitoes such as Aedes. The stench coming out of the garbage can attract rodents and flies. Mosquitoes, rats and flies are vector carrying infectious diseases.


Maintaining public cleanliness is the responsibility of all parties. Motorists should obey the “No Littering” signboard so that trash is not being thrown on the road because roads are public facility. The authorities also need to constantly monitor road users and impose appropriate measures to the road users who fail to obey the law. Furthermore, it is also proposed that trash cans be placed along the road, to facilitate disposal of trash. Place more bins in a residential areas, Rest & Recreation (R&R), and petrol stations. Bins need to be emptied regularly.  

Pembuangan Sampah di Jalan Raya adalah Perbuatan Tidak Bertanggungjawab [MAL]

Tahap kesedaran membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Masih terdapat rakyat Malaysia yang membuang sampah di merata-rata tempat. Pembuangan sampah di merata tempat mencerminkan ketamadunan masyarakat tersebut. Jelas sekali masyarakat yang membuang sampah di merata tempat tidak menggambarkan dirinya tergolong dalam masyarakat minda kelas pertama. Tempat yang menjadi kebiasaan bagi mereka membuang sampah adalah di sungai dan tepi jalan raya. Kebanyakan mereka lebih cenderung untuk membuang sampah di jalan raya ketika memandu kerana mereka lebih mementingkan untuk menjaga kebersihan kenderaan sendiri berbanding dengan menjaga kebersihan awam.


Pembuangan sampah sarap di jalan raya sudah menjadi satu fenomena di Malaysia. Mereka sewenang-wenangya membuang sampah melalui tingkap tanpa mempedulikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain terutamanya penunggang motosikal. Pembuangan sampah seperti plastik pembalut makanan dan tisu ketika memandu boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain kerana plastik dan tisu merupakan barang yang ringan dan mudah ditiup angin. Dikhuatiri ia akan menutupi pandangan penunggang motosikal dan mengenai cermin kereta di bahagian depan sehingga boleh mengganggu pemanduan pengguna lain.

Selain itu, pembuangan sampah di jalan raya juga boleh memburukkan pemandangan dan mencemarkan udara dengan bau busuk. Jalan raya merupakan laluan utama yang digunakan oleh semua golongan termasuk pelancong dari luar negara. Keadaan jalan raya yang dipenuhi dengan sampah sarap memburukkan imej negara pada pandangan orang luar. Bahkan kita mungkin akan dilabel sebagai rakyat yang pengotor. Kebersihan adalah merupakan daya utama dalam menarik kedatangan pelancong luar negara. 

Pembuangan sampah sarap di jalan raya juga boleh menjejaskan kesihatan penghuni di kawasan sekitar. Timbunan sampah sarap di tepi jalan raya boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Bau busuk yang keluar daripada sampah tersebut boleh menarik tikus dan lalat untuk menghurungi kawasan tersebut. Nyamuk, tikus dan lalat adalah merupakan vektor virus yang mana ia membawa penyakit berjangkit.


Menjaga kebersihan awam seperti jalan raya adalah merupakan tanggungjawab semua pihak. Para pengguna jalan raya seharusnya mematuhi papan tanda untuk tidak membuang sampah di jalan raya kerana jalan raya adalah kemudahan hak bersama. Pihak penguatkuasa juga perlu sentiasa mengawasi pengguna jalan raya dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi arahan. Selain itu, disarankan juga untuk meletakkan tong sampah berdekatan dengan jalan raya bagi memudahkan pengguna jalan raya membuang sampah mereka. Tong sampah juga perlu disediakan lebih banyak di kawasan perumahan, kawasan Rehat & Rawat (R&R), dan stesen-stesen minyak serta mengosongkan tong sampah bagi mengelakkan mereka membuang sampah di atas jalan raya.