Monday, 18 January 2016

Tempias El Niño di Malaysia [MAL]

El Niño bermakna The Little Boy, atau Christ Child  dalam Bahasa Sepanyol. El Niño pada asalannya ditemui oleh sekumpulan nelayan yang berada di luar pantai Amerika Selatan pada 1600-an, mereka mendapati  terdapat kemunculan air panas yang luar biasa di Lautan Pasifik. El Niño adalah kejadian berkala di mana suhu permukaan laut di Lautan Pasifik tengah dan timur menjadi lebih panas. Ia digambarkan sebagai fasa lautan yang panas. Pada ketika ini, arus air panas yang kurang mengandungi nutrient menggantikan air sejuk yang kaya dengan nutrien dalam kawasan Pasifik. 

Terdapat satu fasa lautan sejuk yang bersilih ganti. Ia dinamakan sebagai La Niña. La Niña bermakna The Little Girl dalam Bahasa Sepanyol. La Niña juga kadang-kadang dipanggil El Viejo, anti-El Nino, atau hanya "satu acara yang sejuk”. Episod El Niño dan  La Niña biasanya akan berlarutan selama 9  hingga 12 bulan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa peristiwa fenomena ini yang berpanjangan selama bertahun. Fenomena ini berlaku pada jangka masa yang tidak tetap dua hingga tujuh tahun. Biasanya, El Niño berlaku lebih kerap daripada La Niña.

Suhu yang telalu panas di pertengahan lautan Pasifik telah menyebabkan berlakunya pengewapan yang tinggi dan hasilnya berlaku dua olahan angin yang berbeza dimana satu tiupan angin membawa air yang banyak dan satu lagi kurang. Fenomena ini mengakibatkan ruang angkasa di pantai timur Kepulauan Indonesia dan Australia menerima air yang tidak banyak. Angin yang bertiup di kawasan terbabit juga adalah kering. Malaysia terletak berdekatan dengan Kepulauan Indonesia maka Malaysia juga terkena dengan tempias  El Niño. 

Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada tahun 1998, di mana suhu tertinggi ialah 40.1 darjah celcius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis. Kali terakhir Malaysia terkena tempias El Niño adalah pada tahun 2009 dan 2010 dengan kadar yang sederhana. Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata daripada segi ramalan yang telah dilakukan, lebih 80 peratus kebarangkalian menunjukkan bahawa El Nino akan bertahan sehingga 2016.



 Fenomena alam ini akan menyebabkan rantaian perubahan iklim di mana sesetengah kawasan akan mengalami taburan hujan yang lebat manakala sesetengah kawasan pula akan mengalami musim kemarau yang panjang. Di Malaysia, fenomena ini akan menyebabkan Malaysia mengalami peningkatan suhu sebanyak 0.5-2.0 darjah celcius. Taburan hujan juga akan berkurangan sebanyak 20-60% dan mungkin akan menyerupai seperti tahun 1997. Suhu yang terlampau panas dan taburan hujan yang sedikit akan menyebabkan paras air di empangan akan berkurangan secara mendadak yang mengakibatkan krisis air yang teruk. Maka kerajaan terpaksa melaksanakan catuan air. Kebakaran berkala besar juga akan berlaku dan mengakibatkan jerebu dan pencemaran alam sekitar. Cuaca yang kering juga akan menjejaskan produktiviti tanaman semasa musim kemarauu berpanjangan.



Semestinya, fenomena ini akan menyebabkan rakyat Malaysia akan mengalami kesusahan dalam menjalankan rutin harian seperti biasa. Semasa fenomena El Niño menyerang Malaysia, rakyat Malaysia perlu mengurangkan aktiviti luar kerana cuaca yang terlampau panas. Rakyat Malaysia juga perlu mula mengambil langkah-langkah penjimatan air bagi mengelakkan kekuranagn bekalan air. Fenomena ini sentiasa dipandang serius oleh kerajaan. Pengurusan dan bantuan telah pun diambil oleh pihak kerajaan dalam menghadapi fenomena ini dan proses-proses pembenihan awan juga telah dijalankan di beberapa kawasan yang mengalami kekeringan yang nyata.

Kesimpulannya, fenomena alam seperti El Niño telah dijangka akan berlaku dan ia akan memberikan impak yang besar kepada rakyat dan juga pada ekonomi negara. 

No comments:

Post a Comment