Santai Hujung
Minggu Bersama Keluarga
Hari minggu dan
hari cuti merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak. Bagi mereka,
hari minggu adalah hari untuk mereka merasa bebas dari kerja-kerja sekolah dan
dari bangu awal pagi. Tidak kurang juga para ibu bapa. Semestinya bagi ibu bapa
yang bekerja menantikan saat hujung minggu dan cuti kerana ia adalah masa yang
sangat sesuai untuk merapatkan semula hubungan kekeluargaan. Keluarga adalah
harta yang tidak ternilai dan tiada gantinya. Jadi semestinya, kita perlu
menghargai dan memanfaatkan masa bersama keluarga. Hari minggu bersama keluarga
dan anak-anak akan menjadi lebih indah jika diisi dengan aktiviti yang
bermanfaat seperti berkelah di pusat rekreasi atau melawat tempat-tempat yang
menarik di Malaysia. Walaupun tiada bajet untuk berbelanja lebih anda masih
mampu untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Terdapat
beberapa tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga pada hujung minggu
dan yang pernah saya lawati dengan bajet-bajet yang ‘cukup-cukup makan’
1. Paya
Indah Wetland, Dengkil
Tiada
yuran masuk yang dikenakan dan tempat letak kereta yang percuma atau anda boleh
memandu kereta sepanjang di melawati kawasan di Paya Indah Wetlands. Suasana
yang menarik dan tenag untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga sambil
menikmati telatah-telatah haiwan di sana seperti badak air dan buaya.
2. Zoo
Negara
Yuran
masuk Zoo Negara agak mahal namun berbaloi kerana ia dapat membantu anak-anak
anda mengenali haiwan-haiwan dengan lebih dekat. Pendedahan dunia luar dapat
membantu anak-anak anda untuk bersikap lebih proaktif. “Experience is the best
teacher”
3. Air
Terjun Sg Gabai, Cheras
Air
terjun yang sejuk dan menyegarkan adalah satu pengalaman yang sangat berbaloi
dengan usaha anda memanjat tangga bagaikan 1km tingginya. Hanya perlu bayar
yuran masuk RM1 seorang. Tempat meletak kereta adalah percuma. Berkelah sambil
menikmati deruan air terjun adalah sangat menyamankan.
4. Air
Terjun Sg. Congkak, Cheras
Pengalaman
berkelah bersama kawan-kawan di Sg Congkak adalah satu pengalaman yang sangat
menakjubkan. Air sungainya yang jernih dan sejuk sangat membuka mata. Hanya
perlu bayar yuran masuk RM1 seorang dan segala kemudahan disediakan. Terdapat
surau dan bilik air serta persalinan disediakan.
5. Taman
Rekreasi Tasik Titiwangsa
Melakukan
aktiviti riadah seperti berbasikal atau berjoging bersama keluarga juga adalah
satu cara yang bermanfaat untuk bersama-sama keluarga. Tiada yuran masuk
dikenakan untuk beriadah di Taman Rekreasi Tasik Titiwangsa. Selain itu, anda
juga dapat melihat perlumbaan kereta lumba mainan ‘Go-kart’ di sini.
6. Taman
Botani Putrajaya
Untuk
keluarga yang suka menikmati keindahan bunga-bunga dan pokok adalah disarankan
untuk melawat ke Taman Botani Putrajaya. Ia adalah satu proses pendedahan yang
baik untuk anak-anak anda untuk mengenali dunia flora. Jangan risau mengenai
tiket masuk kerana ia adalah percuma dan tempat meletak kereta juga adalah
percuma. Selain dapat berkelah anda juga dapat berbasikal di sini.
7. Pantai
Bagan Lalang
Pada
hujung minggu, pantai ini selalu tidak lekang daripada para pengunjung.
Terdapat pelbagai restoran makanan laut yang segar-segar di pantai ini dan
harganya amat berpatutan. Selain daripada tempat makanan yang menarik dan
sedap, tempat ini juga menyediakan aktiviti sukan air.
8. Pantai
Morib, Banting
Pantai
Morib terletak berhampiran dengan pantai Bagan Lalang. Pantai Morib juga
menjadi tumpuan para pengunjung.
9. Masjid
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Masjid
ini adalah yang terbesar di Shah Alam. Kalau tersilap masuk boleh tersesat
dalam masjid tersebut. Selaian daripada ukirannya yang cantik, masjid ini juga
turut mempunyai taman yang luas dan cantik.
10. Shah
Alam Lake Garden
Tasik
ini adalah tasik yang terbesar di Shah Alam. Tiada yuran masuk yang dikenakan
dan tempat letak kereta juga banyak dan percuma. Sesuai untuk keluarga yang
ingin beriadah dan sesuai untuk dijadikan tempat ‘photoshoot’.
11. Laman
Seni 7, Shah Alam
Ramai
yang berkunjung ke sini untuk sesi bergambar. Terutamanya para graduan yang
bakal berkonvokesyen. Terdapat pelbagai lukisan mural yang menakjubkan di sini.
Lukisan 3D juga boleh didapati di laman seni ini. Tiada yuran masuk yang
dikenakan.
Pulau Carey (coming soon J )
Pulau
Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia.
Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau ini dinamakan
bersempena Valentine Carey, seorang pegawai awam British di Malaya.
No comments:
Post a Comment