Tahun 2015
adalah merupakan tahun yang paling sukar bagi golongan yang berpendapatan
rendah dan sederhana terutamanya yang tinggal di kawasan
bandar di mana kos sara diri pada hari ini adalah tidak tertanggung.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan kenaikan tambang
teksi dan bas ekspress secara mendadak
yang bermula pada bulan Mei 2015. Tambang teksi meningkat sebanyak 20%-67%
manakala bas ekspress pula meningkat sebanyak 22.6%. Pada awal Disember 2015,
pengguna sekali lagi perlu menelan kepahitan apabila Keretapi Tanah Melayu
Berhad (KTMB) mengumumkan kenaikan tambang komuter sebanyak 4sen setiap
kilometer (dari 11sen kepada 15sen setiap km). Kenaikan tambang komuter ini
adalah hampir 100%. MyRapid juga telah menaikkan tambang bagi Transit Aliran
Ringan (LRT) dan monorel. Express Rail Link Sdn Bhd. juga telah menaikkan
tambang bagi ERL sebanyak RM20 iaitu dari RM35 kepada RM55 seorang yang akan
bermula 1 Januari 2016.
KTMB, MyRapid
dan ERL masing-masing menyatakan hampir sedekad tambang mereka tidak dikemaskini.
Syarikat-syarikat ini telah mengalami kerugian disebabkan peningkatan setiap
tahun kos seperti gaji, elektrik, penyelenggaraan dan lain-lain kos namun
sebaliknya berlaku pada tambang pengangkutan awam yang tidak naik selama
bertahun-tahun. KTMB, ERL dan MyRapid tidak mampu untuk menanggung kerugian
oleh sebab itu mereka menaikkan tambang. Kenaikan tambang ini telah dikaji
semula dan mendapat kelulusan daripada cabinet. Walau bagaimanpun, kaji semula
yang dijalankan oleh mereka tidak mengambil kira pendapat orang awam. Orang
ramai tidak dibawa berunding mengenai perkara itu dan hanya sedar tentang
kenaikan tambang apabila ia telah diumumkan.
Perbezaan tambang baru dan lama KTM.
Peningkatan tambang ERL mulai Januari 2016.
Perubahan
drastik tambang pengangkutan awam telah menjadi beban yang berat bagi
orang-orang yang berpendapatan rendah dan berpendapatan sederhana. Untuk
keluarga sederhana yang menggunakan pengangkutan awam akan membelanjakan 20 %
-30 % daripada pendapatan mereka ke atas tambang pengangkutan awam. Sebelum
ini, pengguna menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan harian mereka
untuk menjimatkan kos hidup mereka selain mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Walau bagaimanapun, tambang pengangkutan awam hari ini adalah di luar kemampuan
mereka. Para pengguna sudah tiada pilihan untuk mengurangkan bajet mereka dan
untuk menjimatkan wang mereka. Kenaikan tambang pengangkutan awam akan
kelihatan munasabah jika perkhidmatan mereka juga menunjukkan peningkatan
seperti kereta api atau bas perlu tiba dan berlepas pada masa dan menyediakan
koc LRT yang panjang pada waktu puncak dengan lebih kerap. Kesimpulannya,
tambang pengangkutan awam yang semakin meningkat ini perlu diaudit untuk
mewajarkan kenaikan tambang yang amat tinggi untuk golongan berpendapatan
sederhana dan rendah.
Kualiti
pengangkutan awam perlu ditingkatakan selaras dengan kenaikan tambang. Oleh itu
, pengauditan pengangkutan perlu dilakukan untuk memastikan kualiti
pengangkutan awam dari aspek keselesaan, keselamatan , kebolehbergantungan dan
perkhidmatan yang baik.
The hiking fares are totally burdensome..
ReplyDelete