Setiap
negara sudah pasti tidak terlepas daripada mengalami bencana alam, sama ada dalam
skala kecil ataupun dalam skala besar. Keadaan yang serupa turut dialami oleh
Malaysia. Banjir merupakan bencana alam yang sinonim dengan Malaysia.
Kebiasaannya, Malaysia akan ditimpa banjir pada musim tengkujuh, iaitu sekitar
bulan November hingga Mac.
Malaysia
mengalami iklim khatulistiwa, namun bagi sesetengah tempat di Malaysia,
terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia (Kedah dan Perlis) dan utara
Sabah (Beaufort, Tawau, Kudat dan Sandakan), mengalami iklim monsun tropika. Secara
amnya, iklim di Malaysia mempunyai suhu yang hampir seragam, kelembapan yang
tinggi dan menerima purata hujan yang banyak sepanjang tahun.
Semasa musim monsun timur laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh, kawasan yang terdedah adalah seperti kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang), kawasan Sarawak Barat dan kawasan Timur Laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat. Monsun Timur Laut atau lebih dikenali dengan musim tengkujuh ini dijangka akan berakhir pada Mac 2016, iaitu negara akan mengalami empat episod hujan lebat yang menyeluruh selama tiga hingga empat hari. Oleh sebab itu, para penduduk yang tinggal di kawasan tersebut dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah menghadapi banjir. Berikut adalah langkah-langkah menghadapi banjir.
Semasa musim monsun timur laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh, kawasan yang terdedah adalah seperti kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang), kawasan Sarawak Barat dan kawasan Timur Laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat. Monsun Timur Laut atau lebih dikenali dengan musim tengkujuh ini dijangka akan berakhir pada Mac 2016, iaitu negara akan mengalami empat episod hujan lebat yang menyeluruh selama tiga hingga empat hari. Oleh sebab itu, para penduduk yang tinggal di kawasan tersebut dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah menghadapi banjir. Berikut adalah langkah-langkah menghadapi banjir.
Sebelum banjir
·
Dapatkan maklumat
tentang banjir di tempat kediaman masing-masing
·
Periksa lubang air,
seperi longkang atau saluran najis, bagi mengelakkan air banjir memasuki
saluran tersebut
·
Kenal pasti pusat
pemindahan dan pusat bantuan bencana
·
Sediakan peralatan
kecemasan dan bekalan makanan secukupnya
·
Pastikan telefon
bimbit dalam keadaan baik ketika musim hujan
·
Pindahkan perabot dan
barang berharga ke tempat yang selamat.
·
Bersedia untuk
menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
|
·
Berpindah ke pusat-pusat
pemindahan yang disediakan setelah menerima arahan.
·
Berpindah awal
sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang.
·
Jangan terus
mengharungi kawasan banjir ketika memandu kenderaan dan mengikut laluan yang
ditentukan.
·
Jika kenderaan terhenti,
kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergi ke tempat yang
selamat
·
Jangan sentuh
mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
·
Awasi kanak-kanak
daripada main atau minum air banjir.
Selepas banjir
·
Periksa kerosakan pada
siling, dinding, lantai, pintu dan tingkap.
·
Periksa sebarang
kehadiran binatang atau serangga berbisa yang berbahaya.
·
Periksa paip saluran
gas yang mungkin pecah atau bocor.
·
Periksa peralatan
elektrik dan wayar elektrik yang terendam di dalam air.
·
Buang bahan-bahan
makanan yang terendam dalam banjir.
·
Periksa kerosakan
tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
·
Laporkan sebarang
kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
|
Kesimpulannya, pihak
berkuasa dan orang awam di Malaysia masih boleh mengambil langkah-langkah
keselamatan apabila menghadapi musim tengkujuh bagi mengelakkan berlakunya kes
yang tidak diingini. Pihak berwajib perlu secara terus-menerus memantau di
kawasan yang sering mengalami banjir.
Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) harus bekerjasama dengan pihak media agar maklumat
terkini mengenai banjir disampaikan kepada penduduk sekitar supaya mereka lebih
peka dan berjaga-jaga. Pihak kerajaan juga perlu menyediakan pusat pemindahan
banjir yang lebih kondusif bagi mengelakkan mangsa-mangsa banjir mendapat wabak
penyakit. Banjir juga akan menyebabkan kerugian yang besar kepada mangsa-mangsa
banjir. Oleh sebab itu, adalah disarankan juga kepada pihak kerajaan agar
meningkatkan kadar pampasan ganti rugi kepada mangsa.
No comments:
Post a Comment